Wednesday, December 3, 2008

Visiting Jubail Industrial City

Hari Jumaat baru nie OBM berpeluang melawat bandar Jubail yang diwar-warkan kemas, cantik dan tersusun tu. Kalau yang tak tahu, Jubail nie bandar kembar untuk Yanbu - untuk Royal Commissionnya disebut RC Jubail and Yanbu gitu..
OBM kesana bukannya atas tambang sendiri tapi SABIC yang bayar - sebabnya OBM kena buat presentation kat sana.

Kat atas tu gambar k/terbang Saudi Air sebelah k/terbang yang OBM naik. Untuk sampai ke Jubail nie OBM mula dengan naik k/terbang kat Yanbu Airport, kemudian tukar k/terbang lain di Jeddah Airport sebelum sampai ke Dammam Airport. Jangkamasa perjalanan lebih kurang 2 jam macam tu..kalau drive makan gak 1 hari heheheh...maknanya bukanlah dekat dari Jubail ke Yanbu nie, satu letak kat barat dan satu lagi kat timur bumi Saudi nie..


Nampak deretan k/terbang kat Airport Jeddah.....nie masa OBM menunggu nak ke Dammam. Dari Dammam Airport OBM sewa kereta dan drive ke Jubail Royal Commission. OBM pegi berdua dengan kawan YANSAB, so mula2 sampai sana OBM dan si Martin pergi survey dulu carik hotel Inter Continental yang jadi tempat presentation keesokkannya..bila dah jumpa tempat tu barulah kami pergi ke bandar Jubail untuk carik tempat bermalam, alhamdulillah setelah 2-3 kali round barulah jumpa hotel yg bersesuaian..


Gambar SABIC building di Jubail yang sempat OBM rakamkan...nampak kelass gitu..hehehe
Hari pertama conference tu alhamdulillah selesai dan member OBM si Martin tu adalah orang yang pertama present paper dia..tghari makan free - malampun makan free. Kebetulan Zuraili(VillaBayu)pun ada di Jubail tapi tak sempat nak makan malam sama-sama sebab malam tu OBM ada dinner dengan boss dan lain2 yg attend conference tu..
Hari ke-2 conference dapat lak berkenalan dengan Bro Anwar yg sekarang nie seconded kat SADAF. Dari Bro Anwar nielah OBM dapat jejak kasih ngan Pok Lie.

Ariff, OBM, Pok Lie dan Bro Anwar setelah makan malam kat Restoran Pattaya di bandar Jubail. Alhamdulillah dapat jugak OBM merasa masakan tomyam di bumi arab ni.
Keesokkannya pagi2 pukul 5 OBM dan Martin dah bertolak ke Dammam Airport dari bandar Jubail. Alhamdulillah OBM selamat sampai ke Yanbu Airport dalam kul 3.30 ptg...terima kasih kepada Wan Azmi yg datang menjemput, juga terima kasih kepada Leman Mardi yg bersusah payah menghantar OBM ke airport hari jumaat yg lalu - budimu dikenang bro....

9 comments:

Razib said...

Pok Lie napok dok beruboh lagi , Din tulong tanya Pok Lie bila nok balik kampung , lama sangat doh rasanya dia dok balik.

OBM said...

Abg Ajib, Pok Lie dah berubah dah- itu sebab quality camera yg kurang bagus jadi tak nampaklah yg kulit dia dah makin cerah. almaklum sekarang nie kat Jubail udara dia dah start sejuk lebih kurang macam duk kat negara omputih lak. Masa borak hari tu katanya dia balik 3 bulan sekali - insyaalllah katanya nak bawak family datang umrah/ziarah dalam masa terdekat nie..

Andak Ali said...

OBM gi wat presentation pasal apa plak?

demo introduce MLM ke? ahaks

OBM said...

Mcmner mung boleh jadik Andak Ali?...hehehe..
Tentang presentation tu memang kalau boleh nak bawak cerita MLM tapi pengajur tak bagi...so kenalah present pasal furnace yg banyak kat Olefins plant tu...

Andak Ali said...

tu nama comercial dulu2 campur skg...
ni present furnace tpt kerja baru ke tpt keje lama? hehe

OBM said...

nama commercial? emm ikut sukalah labu - bila mung pegi Kayyan nie? ke dah sampai sana?heheheh
presentation aku tu pasal predicting furnace tube life so relate belaka ngan furnace tempat baru dan lama..

Andak Ali said...

blom lagi la... pikircampur tu mu phm sendiri la...
insyaAllah 22 ni aku fly.

LIFE4Oman said...

salam zainuddin - ni megat rosman dr Doha, terjumpa cari blog demo. pekabar? Nampak hepi di sana, mcm biasa you r d best ! Boleh lah sdra email dgn saya, saja2 nak bertukar2 pandangan dari masa ke semasa.. Keep in touch bro. my email: winners4life@gmail.com.
Ada beremel dgn hadly noor.. dan my best friends x-titan: Leman Mardi, Ahadin, Safawi, dan ramai lagi. Jgn lupa beremel bro ya!
Salam dari Doha.

OBM said...

salam kembali megat - insyaallah beremaillah kita nanti. Semua your best friends tu sihat2 belaka dan memang kenal sangat - skrg dah ramai malaysian kat yanbu tapi taklah seramai di doha...abg sayapun baru ke qatar tapi lupa nak tanya company mana...btw keep in touch...