Wednesday, April 30, 2008

Sehari sebelum berlepas...


Alhamdulillah setakat nie semuanya macam dirancang, sekarang duk kat Batu Burok Beach Resort - yang hebatnya kat sini ada free wifi...bolehlah OBM gunakan masa terluang nie untuk updatekan web blog. Anak-anak tengah suka sakan tu main air kat kolam, nice resort give back the value of your money.
Pagi tadi dah settlekan apa yg perlu, tghari tadi dah buat last minute shopping kat Mydin, susah betul nak carik Brahim's packet nasib baiklah ada kat Mydin tu jadi tak adelah kempunan jadinya. Dulu masa belajar kat Korea si Wak Jang suka benor bawak Brahim nie, sampai ke hari nie terbayang keenakkannya...hehhee. Sekarang bila dah ada peluang gi overseas lagi, inilah masanya nak packing Brahim bebanyak buat bekalan. Org rumah lak sibuk suruh bawak serunding sekali katanya tahan lama- ada lak jumpa serunding segera yg dijual kat Mydin nie...borong sekali.
Cerita pasal trip ke Arab Saudi nie, ticket adalah sehala dari Kuala Terengganu ke KLIA dan kemudian transit ke Jeddah. Besok janji nak jumpa agen kat KLIA kul 1 tghari. Masa tulah nanti OBM akan collect passport dan sijil2 original yg dah disubmitted few months back. Untuk sesapa yang tak tahu, proses untuk dapatkan working VISA kat Arab Saudi nie agak lama - kalau dikira balik daripada tarikh dapat offer dulu - bulan Nov 07, sekarang nak fly bulan May 08, so tolak campur lebih kurang 6 months -fuuiihh...
Sekarang nie tak berkesempatan lagi nak ambik gambar posing...so nanti kalau ada kesempatan OBM akan sertakan gambo sekali untuk posting kat sini barulah gempak...heheh..updated - gambo Affi & Humaira tgh mandi kat BBBR...

Wednesday, April 23, 2008

Politik Sikit..

Sekarang nie aku bercuti dan banyaklah masa aku gunakan untuk berinternet. salah satu hasilnya macam you all nampaklah...dah ada blog sendiri...YAHOOOOOO...lama dah merancang tapi hari ini baru berkesempatan..untuk sementara nie biarlah blog aku macam nie rupa dia...guna template yang asal. nanti bila dah familiar lepas tu dah clear direction mana nak pegi barulah aku plan nak buat some changes pada lay-out dia..

Emm politik sikit? apa lagi yang aku nak cakap tapi orang tak tahu? semua orang tahu tapi buat tak tahu..mungkin dulu org kata aku penyokong kuat 'Dulu Kini dan Selamanya', ada satu ketika tu aku balik kampung naik motor TZM siap ngan tampalan kata keramat tu kat motor aku...BESOR siot...sampai ada keluarga aku kata, tak dok orang baling batu ke mung ker? (cakap ganu sikit...heheh). masa tu sebenornya tgh hangat reformasi...jadi terengganu kan ker jatuh ke pembangkang...aku salah sorang yg tak undi xxxxxxxxx ari tu...opss undi adalah rahsia...hehhehe
Tapi sekarang orang tak leh nak agak doh akuu nie duk kat side mana. sebenarnya aku tak pernah ubah sidepun, aku sentiasa dipihak yang aku rasa betul...idola aku dulu kini dan selamanya takkan pernah berubah...terharu betul bila TUN kata dia akan bersuara kalau dia melihat ada orang cuba memusnahkan negaranya...LOVE U Tun Dr Mahathir....BTW kenapa diaorang tak suka dengar pandangan TUN? tak terbukti lagi ker sumbangan beliau kepada negara? siapa lagi dalam dunia nie yg ditampuk negara selama 22 tahun dengan cemerlangnya?

4 & 8

apa dia 4 & 8, mesti ramai yg tertanya-tanya. ada rahsianya tu, hehhe. aku nie suka sangat tengok formula 1 so dah terjawab ler no 4 tu...kalau masih tak clear lagi "4" tapi maksudnya 4 hari lagi nak start race day untuk formula 1 barcelona...aku nie fans kepada fernando alonso - yang duk kat Mc Larens season lepas tapi balik semula ke Renaults tu. Tak sabar nak tengok sejauh mana perubahan pada aerodinamic dan spring hentakan tu dapat membantu alonso kali ni.
No "8" lak adalah nombor keramat sebelum aku bertolak ke Arab Saudi. Kalau tak ada perubahan last minute maka 1st May nie aku akan fly ke Jeddah, dari situ mungkin akan naik keta ke Yanbu - tempat keja baru aku adalah SABIC Yansab kat sini. Kalau nak tahu kenapa aku nak keje sana, emm banyak alasan yang aku boleh bagi, tapi yg paling kuat sekali adalah sebab diaorang offer lebih dari apa yang aku dapat kat sini, lagi satu yang tersembunyinya adalah sebab aku nak ambik peluang nie untuk bermuhasabah diri..emememm..