Wednesday, April 30, 2008

Sehari sebelum berlepas...


Alhamdulillah setakat nie semuanya macam dirancang, sekarang duk kat Batu Burok Beach Resort - yang hebatnya kat sini ada free wifi...bolehlah OBM gunakan masa terluang nie untuk updatekan web blog. Anak-anak tengah suka sakan tu main air kat kolam, nice resort give back the value of your money.
Pagi tadi dah settlekan apa yg perlu, tghari tadi dah buat last minute shopping kat Mydin, susah betul nak carik Brahim's packet nasib baiklah ada kat Mydin tu jadi tak adelah kempunan jadinya. Dulu masa belajar kat Korea si Wak Jang suka benor bawak Brahim nie, sampai ke hari nie terbayang keenakkannya...hehhee. Sekarang bila dah ada peluang gi overseas lagi, inilah masanya nak packing Brahim bebanyak buat bekalan. Org rumah lak sibuk suruh bawak serunding sekali katanya tahan lama- ada lak jumpa serunding segera yg dijual kat Mydin nie...borong sekali.
Cerita pasal trip ke Arab Saudi nie, ticket adalah sehala dari Kuala Terengganu ke KLIA dan kemudian transit ke Jeddah. Besok janji nak jumpa agen kat KLIA kul 1 tghari. Masa tulah nanti OBM akan collect passport dan sijil2 original yg dah disubmitted few months back. Untuk sesapa yang tak tahu, proses untuk dapatkan working VISA kat Arab Saudi nie agak lama - kalau dikira balik daripada tarikh dapat offer dulu - bulan Nov 07, sekarang nak fly bulan May 08, so tolak campur lebih kurang 6 months -fuuiihh...
Sekarang nie tak berkesempatan lagi nak ambik gambar posing...so nanti kalau ada kesempatan OBM akan sertakan gambo sekali untuk posting kat sini barulah gempak...heheh..updated - gambo Affi & Humaira tgh mandi kat BBBR...

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah sampai doh klia..saje try tengok comment page ok ke tak..

Anonymous said...

ayohcik dah ada kat mana? dalam kapal terbang ke?ke dah sampai kat arab saudi.ini naqib.

OBM said...

naqib..ayohcik dah sampai arab saudi. bacer post ke atas untuk latest news..

Anonymous said...

anok sape comel tu dua org...