Saturday, November 15, 2008

Haji 2008 Ke-1 Kali Insyaallah

Kalau kat Malaysia masa nie dok mengira hari dah tak lama nak raya haji, kat sini tengah mengira jugak tapi kira bila nak pergi haji..kalau tak ada apa2 aral insyaallah OBM dan isteri akan menunaikan ibadah haji, ambik peluang yg ada. Ramai kekawan yang sama2 berniat nak buat haji nie...hari tu ustaz yg bagi ceramah haji katanya dah tak ada alasan untuk kita orang yang memang ada kat sini untuk tidak tunaikan haji, tentang bab belajar tu insyaallah boleh belajar.
Hari Jumaat lepas ada lagi sesi ceramah haji nie...alhamdulillah rasa terang dan jelas jer jalan tu. Mungkin sebab minggu2 sekarang nie masing2 sibuk berbicara pasal haji jer so senanglah sikit masuk..memang bila cerita pasal ihram, meeqat, tawaf, saei...dan haji lebih kurang macam umrah cuma berbeza di melontar, wukuf/mabit maka lagilah rasa teruja..
Kalau diikutkan kami semua bercadang untuk buat haji ifrad, buat haji jer - nanti umrah insyaallah selepasnya..orang rumah lak banyak masa study buku2 haji kat rumah so dapatlah jadi tempat rujukan..heheh..ustazah celup tu..lagipun ramai kawan kita yg dah buat haji berkeja kat Yansab nie so no problem..ada kemusykilan hanto email jer pada group Yansab insyaallah akan dijawab..
Ustaz penceramah hari tu kata yg penting kena banyakkan doa semoga dipermudahkan segala urusan, boss beri kelulusan, transport halal, tambang halal dan perolehi haji mabrur..

15 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...semoga mendapat haji mabrur...doakan semoga aku & family dapt buat haji very soon, insyallah...

hope everything's fine over there..

Salam,
Fauzi

Razib said...

Din/Norhasiah,
Sedikit pesanan dan ingatan dar yang fakir. Sebagai persediaan untuk tunaikan haji, setaip para hujjaj perlu juga mempersiapkan diri bukan saja dari segi untuk melaksanakan wajib dan rukun haji saja tapi perlu memperkemaskan diri dari segi makrifat pada rukun sifat Allah taala (sifat 20).

Selain itu tentang amalan ibadat syariat yang lain terutamanya sembahyang yang perlu kita dalami dari segi syarat , rukun dan syarat setiap rukun yang perlu ditalaqqi dari guru yang betul , ini kerana solat adalah ibu ibadat dan jika solat tdk sah maka seluruh ibadat lain tidak dikira.

Ini bukan untuk menakut2 kan cuma pesanan supaya ibadat yang dibuat tdk menjadi ibadat taqlid(ikut-ikutan).

Ini boleh dibuat cth. spt orang dulu2 yang kadang2 mengambil masa bertahun2 hanya untuk persiapan ibadat2 khusus dan makrifatullah sebelum melakukan ibadat haji.

Dan yang paling penting selain diatas ialah keikhlasandalam segala ibadat yang dilakukan. Semoga mendapat haji yang mabrur dan pelajarilah setiap amalan dgn bersungguh2.

OBM said...

Fauzi - kami kat sini alhamdulillah ok. Insyaallah tak lama lagi permanent opis untuk yansab siap barulah selesa sikit, ada bilik sendiri.Semoga tercapai cita2 mung ngan family nak buat haji tu -

Abg Ajib - panjang komen tu, terima kasih dan insyaallah buat yg terbaik. Nasib baik kat sini ramai jugak mereka2 yg arif bab haji dan lain2 serta sudi bagi pengajaran..

Anonymous said...

AlhamduLillah...

Ni yang dengki nih.. dengki sbb ni xper kan.

Semoga Che Din selamat menunaikan haji yang sempurna.

Anak2 sapa yang jaga? ke bwk sekali

HM

Razib said...

Din,
Bukan nk komen utk tunjuk pandai/alim cuma untuk praktik firman allah (pesan memesan kpd perkara kebaikan dan kesabaran).

Kerja haji ni jauh lebih mencabar dan dugaannya pun byk bebanding ngan umrah sbb tu rasa nak pesan sangat2, mulut kena jaga perbuatan dan emosi kena control terutama kat pdg arafah dan mina as well as masa melontar. tapi sekarang ni jamrah dah di upgrade kurang skit cramnya.

nanti masa wukuf (hari mustajab dua') tolonglah dua' kat kami sekeluarga supaya diberikan allah keselamatan & kejayaan di dunia dan akhirat.

Se agi , bila SABIC nok panggil pulok niii?????? bila hati rasa nok gi dia pulok jual mahal. Kalu buleh t/duga ngan OBM ok gok he.he.he.....post kuli2 doh lah. Gurau je Din.

Sekarang ni kat sini hujan makin lebat dan kerap , pagi2 sejuk ala2 kat Madinah gitu.

Last but not least, selamat menjalankan ibadat haji dan lepah ni buleh panggil haji Din lah ye..Balik kapung sure kena tolak jadi tok imam nihh.....bacaan mesti stai imam Assudais.

OBM said...

HM- dengki kearah kebaikkan tak per kot...hehehe..pandai2 lak aku buat fatwa sendiri. BTW mung bila berlepas ke Kayyan nie? Anak2 aku ada sahabat Malaysia yg akan tolong jaga..plannya satu minggulah tinggal diaorang nih..

Abg Ajib - no hal, nak tinggal pesanan panjang2pun tak per bolehlah jadi panduan sikit..kekawan yg masuk blog niepun boleh dapat mesej gak tu..tentang doa kat wukuf tu insyaallah kami akan doakan untuk semua, mungkin kena buat note kot sebab rugi kalau terlepas peluang nih. yg kata hari tu ada lagi sabic kat impiana apa cerita? tentang YANSAB nie tak derlak dengar khabar nak ada interview baru..wallahuallam..

Anonymous said...

Assalamualaikum, C'Din,

Best jugok dengor nak gi buat Haji pulok.. Semoga akan mendapat haji yg mabrur dan sama lah dgn kawan2 kat atas tu.. harap2 sudi2 lah dpt mendoakan saya + keluarga dan kawan-kawan akan mendapat keselamatan didunia & akhirat.

Rgds
CZ

Razib said...

Kat Impiana tu memang banyak offer new post tapi kena tunggu. Position kat SABIC group + TASNEE , JESCO

OBM said...

Waalaikumussalam CZ - amboi sejak pegang reliability utilities nie jadi senyaplah pulok...hehhe..terima kasih atas doa2 tu begitulah harap2nya hj mabrur insyaallah..doa untuk kesejahteraan semua insyaallah..
Abg Ajib - tadi dah terima dictionary dan lain2 yg dipos tu...terima kasih berbanyak..tak tahulah pulok ada sabic group tasnee ngan jesco tu sebab kalau tak silap memang banyak affiliates sabic nie. cuma sekarang nie dia orang dah terbuka sikit mata cari org malaysia...insyaallah kalau ada jodoh kat sini sampailah tu...

Razib said...

Tak pelah Din , betul doh tu kalu ada jodoh dok kemana........, kalu tak dok, bercinta bagai nok rak dok jadi jugok, anyway apa yng allah tetapkan tu semua elok untuk kita....wallahua'llam

Anonymous said...

OBM,
Aku pun nak doakan pada Allah moga mung mendapat rahmat dan haji yang mabrur....aku pun nok gok mintak mung berdoa supaya aku cepat habis belajar ngan senang,cemerlang, gemilang dan terbilang....he..he..
baru best ( kalau ada peluang ) join mung kat Yansab....jangan lupa....ikhlas beribadat...

OBM said...

Ya Akhi Maulana - insyaallah dengan kesungguhan mung belajor tuntut ilmu tu akan di berkatiNya dengan kelulusan yg cemerlang, nanti dapatlah penuhi position yg dah dikosongkan teman baik kita tu..BTW exam2 sebelum nie mcmner...boleh buat ke tak?

Anonymous said...

Salam OBM,
Exam setakat ni kira alhamdulillah lagi la...doakan supaya Allah genius kan otak aku ni....bila nak berangkat?...

Anonymous said...

Asasalamualaikum
selamat menunaikan ibadat haji.
alhamdullillah kerana telah di bukapintu hati untuk menunaikan haji. Mak dan abah Za pun nak gi haji tahun ni bertolak dari Kuala terengganu direct ke Jeddah. No talipon doh tukorke nak anto mesej tak dapat. ok skali lagi slamat menunaikan haji............

salam dari
Din & Za sekeluarga

OBM said...

Maulana- aku tak terima lagi details trip haji tu tapi rasanya 7zulhijjah dah ke mekah, lepas tu straightlah..insyaallah akan aku doakan untuk semua...

Abg Din - ada dengar dari Cik Aa katanya mak dan abah k za akan buat haji tu..mungkin kalau ada peluang boleh jumpa dimana2 nanti...no h/p saudi 00966542510660...kalau dari saudi dial 0542510660...insyaallah dapat..