Monday, November 3, 2008

Prosedur Emergency Exit di YANSAB

Jumaat malam lebih kurang kul 10.30mlm OBM selamat tiba kembali di Yanbu - alhamdulillah segala urusan dipermudahkanNya dari awal buat persediaan balik hinggalah selamat tiba kembali di Yanbu. OBM nak ambik peluang nie untuk ceritakan serba sedikit prosedur untuk permohonan balik ke kampung kalau ada kes emergency...bukannya apa, bolehlah dijadikan panduan bagi kekawan yang lain - lagipun OBM rasa terhutang budi sangat kepada semua Malaysian Yansab yang telah bersusah payah buat collection ari tu...

a. Yang pertama sekali bila ada kemungkinan untuk berlaku kes2 emergency nie-immediate supervisor atau boss hendaklah diconsult dulu - bagitau mereka2 nie secara baik2 dan ceritalah seeloknya, insyaallah diaorang nie paham - mintak pandangan diaorang dan bagi hint sikit2 yg ada kemungkinan kita kena balik kampung untuk beberapa hari..
b. Kedua, dapatkan bukti2 yg nyata seperti surat dari hospital atau apa2 dokumen yang related ngan kes emergency tu...lepas tu forwardkan kepada boss untuk makluman dia..sekali lagi consult ngan dia..
c. Ketiga, survey harga tiket dan plan untuk pernerbangan balik, biasanya Jaafar akan dapat tolong kita dalam hal nie..nak bayar harga tiket lak tak yahlah gi bank keluarkan duit dulu...bagi jer kad atm kat Jaafar, nanti dia goreskan macam kad kredit...
d. Keempat, kalau dah setkan bila nak balik tu bolehlah mula isi borang clearance, dapatkan sign finance mcm biasa....isi borang untuk permohonan cuti dan jugak borang untuk visa exit/reentry. Kali nie kena dapatkan signature sampai tahap GM...almaklumlah emergency dan nak kena proses cepat belaka..
e. Kelima, submitkan kesemua borang tadi beserta dengan copy passport/iqamah untuk semua yang akan balik ke Malaysia - Jangan lupa untuk serta kan SR200 untuk setiap orang..kalau ada 5 sekeluarga makanya SR1000 kena adalah..bagitau Amin/Meshari yg ini adalah kes emergency dan tunjukkan signature GM yg dalam borang tu..Insyaallah permohonan kita akan diproses dalam kadar segera

Bila dah dapat kertas kelulusan exit-reentry tu make sure double check lagi untuk elakkan dari sebarang kesilapan dan dapat pulang ke Malaysia dan kembali ke Yanbu tanpa banyak masalah..

p/s: terima kasih kepada kekawan kat Malaysia yg telah sudi meluangkan masa bertemu ngan OBM di restoran tepi sungai dan kat majlis raya bandar baru Kerteh... jumpa lagi tahun depan..

wallahuaalam bissawab..

6 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

Assalamua'laikum ncik OBM, mekasih reply my question abt blog wide tu. Anyway saya kene usaha juga camne nak wide kan ;) My husband is Mohd Sabar bin Suradi from Johor. Kalau tanya kat Zihan (AkuKauDia) dia kenal lah...Ape pun nice to meet u n send my regards to kakak (ur wife)

OBM said...

waalaikumussalam, semoga berjaya customize blog tu. Zikhan mesti kenal kalau tanya...OBM rasapun macam pernah nampak...BTW good luck to both of you..

Anonymous said...

Salam OBM,
Alhamdulillah selamat sampai OBM kat tanah Yanbu...panjang tips tu OBM oii...berguna untuk kengkawan yang akan menjejakkan kaki ke sana.

OBM said...

Salam Ya Akhi Maulana, tips tu untuk ingatkan OBM..sebab OBM nie jenisnya pelupa, mudah lupa. BTW sapa kengkawan OBM yg akan kesini tu...heheheh

Anonymous said...

Salam OBM,

Fuyyoo.!!! ni baru canggih ni OBM, terus reply je and uptodate punya blog...OBm ambil a gambar suasana kerja di sana untuk tatapan kengkawan di Malaysia untuk menilai best ke idak...

OBM said...

Skrg nie duk dalam kabin jer so nak ambik gambar masuk dalam blogpun tak klass gitu...skrg nie member2 Yansab nie dah start dapat uniform kerja, baju fire retardant tapi dalam bentuk 2 pieces so bila OBM dah dapat nanti OBM akan gayakan lepas tu post dalam blog...masa tu janaganlah jelous lak...heheheh