Saturday, May 3, 2008

Misi bermula

Dalam diam dah 3 hari kami kat Yanbu ni. Hari nie cuma 1/2 hari di site office untuk settlekan beberapa perkara seperti signing the contract, fill-up forms untuk worker id dan beberapa perkara lagi. Sejak semalam kami dah mula cari cara untuk berkomunikasi yang lebih mudah dan murah dengan teman2 sekitar Yanbu dan terutamanya untuk berhubung dengan family kat kampung. Kalau semalam kami sibuk dengan internet based communication seperti Yahoo Messenger dan SKYPE, hari nie lain lak trendnya.
Selepas balik dari reporting ke Yansab, kami dah mula meronda ke bandar Yanbu. Dengan jasa baik seorang driver Somalia(Yansab driver), kami telah dibawa ke sebuah kedai telekomunikasi untuk membeli sim-kad tempatan. Kat sini dia ada 2 pilihan samada al-mobily atau ada satu lagi yang OBM dah lupa namanya....tapi semua 6 orang kami kat sini telah beli mobily sim-kad, harganya 75SR untuk nilai pre-paid 75SR. Nombor yang kami dapatpun agak bagus tapi kami tak dapat nak buat selection...ala macam sim-kad maxis ngan celcom tu...oklah dengan kad baru nie bolehlah sms ker call ker family kat kampung. Rate kalau tak silap satu sms dalam 0.45 SR...oklah tu. Cuma kalau nak call kita orang prefer untuk guna SKYPE sebab boleh call handphone kat Malaysia. Rate diapun tak mahal, kalau call fixed line kat Malaysia guna SKYPE nie rate dia lagilah murah....so OBM sendiripun terus jer subscribe ngan SKYPE nie, dah top up US10...kalau tak silap bolehlah guna untuk call beberapa jam kalau mahu...
Oklah battery notebook dah low...besok2 sambung lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum C.Din, Ape kabor disana...cuacba, makanan, org2nye, plant. Selamat berkelana di bumi Anbiya' dan penuh keberkatan... cuma aku confuse sikit.. Org Biasa Merantau, 'Biasa' tu bermaksud selalu/kerap/berpengalaman atau maksud merendah diri (org kebiasaan).. BTW, Semoga tabah melalui kehidupan disana dan berjaya dlm kerjaya. wassalam.. CZ-Chukai

OBM said...

waalaikumussalam CZ. Aku kat sini alhamdulillah sihat cuma rindukan family jer..maklumlah familyman...heheh..Biasa tu maknanya merendah diri...orang kebiasaan...sebab dulu ingatkan nak buat blog politik tapi jadi lain lak..terima kasih atas wish mung tu..aku insyaallah akan buat umrah besok..