Friday, May 30, 2008

Madinah...Madinah Al Munawarah

Hari Jumaat, tepat pukul 7am, kami berlima telah bertolak ke Madinah dari Lighthouse hotel di RC. Masing2 telah menetapkan niat untuk bersolat jumaat di masjid Nabawi, insyaallah. Owner Villa_Bayu (Zuraili) juga bertolak ke Madinah pada hari yg sama tetapi mereka bertolak agak lewat 1 jam dari kami. Kelmarin, Hj Fadzil dan beberapa orang lagi telahpun bertolak ke Madinah. Mereka bermalam di Madinah dan akan bertolak kembali ke Yanbu selepas solat Asar bersama2 dengan kami.

Bertolak ke Madinah, pandangan jalan Yanbu-Jeddah pada awal pagi

Nazreen, W Azmi dan Remy sementara menunggu sarapan pagi, kedai2 arab semuanya berkonsep yg sama, kat atas meja cuma dihamparkan plastik untuk diletakkan roti...

Kelihatan bukit berbatu sebelum memasuki bandar Madinah

Akhirnya setelah terlewat beberapa jam, kami tiba di bandar Madinah Al Munawarah. Alhamdulillah sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Nabawi walaupun hanya di perkarangan

OBM di depan Masjid Nabawi, alhamdulillah OBM ambik peluang posing sebelum ziarah makam Rasulullah SAW. Selepas solat Jumaat, kawasan didepan masjid agak lengang..jadi OBM ambik peluang ini untuk sempurnakan solat dan ziarah.

Di dalam Masjid Nabawi, alhamdulillah sempat menziarahi makam Rasulullah SAW, bersolat di Raudhah dan beriktikaf..

Sebelum maghrib, kami bertolak kembali ke Yanbu, dan dalam masa 1jam 30 minit kami selamat tiba ke RC. Terima kasih Wan Azmi yang bertindak selaku 'driver', walaupun beberapa kali tersesat jalan...lain kali kita kembali ke sini insyaallah...

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Seronok dpt dengor + tgk gambar crita kawan2 yg dpt menziarahi Makam Rasulullah & pergi ke Masjid Mekah utk melawat Kaabah & buat Umrah.

Wah.. rumah sewa dekat dengan pantai? bila start pindah sana?
wassalam

OBM said...

CZ,insyaallah bila buat umrah ke-2, call OBM. Rumah sewa memang tak jauh dari pantai laut merah, tetapi kalau berjalan kesana memang berpeluh jugaklah...kalau mountain bike memang cantik..pindah rumah belum lagi tapi dah start isi barang sikit2..

Anonymous said...

Alhamdulillah, banyak peluang dan tempat untuk ziarah. Semua ahli keluarga di sini (Kerteh/Paka/Kemasik) sihat belaka. Aku dan keluarga lawat sokmo laman ini.

Setakat hari ini aku dok leh lagi surat offer. Keputusan medical check up telah dihantar minggu lepas. Masa breifing hari tu mereka kata family package dan semua disediakan i.e. rumah full furniture, bil air/eletrik/telefon(local), belajar anak-anak,transport pergi balik kerja/belajar anak-anak, faedah kesihatan untuk keluarga. Ni package resident.

Guana, dok terima email pasal web call(PC to PC)?

Andak Ali said...

CDin,
Kawe ada email demo tu... reply ler kalau ada masa

OBM said...

amir..kalau dapat full package macam tu kira oklah..sebab dengar cerita living cost kat situ memang tinggi..kalau tak lepas kerja beberapa tahun pulang dengan tangan kosong aje..nanti kalau dah sampai kenalah plan datang ke mekah dan madinah nie...dah tak jauh..

Hadly - aku dah reply email hang...apa2 hal guna email address tu..

Anonymous said...

Assalamaulaykum..ww

Hi Nudin,
Khaifa haluka ya abu Nadzmin...???That was great!!! alhamdulillah...dpt pg Madinah & solat kt masjid Nabawi...next time pg, sampaikan salam buat Rasullah...Insyaallah, aku akan ke DUbai this month end for 2 wks (Dubai & Cairo)...klau berkesempatan aku turun Saudi visit my old freind ...tk tentu lg sbb schedule very tide...Oh ye, last weekend, family aku pg lg ke P kapas (family day Pok Mat Bunga)...semua pg termasuk Mok & Ayoh aku & also parents inlaw aku pung aku bawak skali...riuh p kapas...ok la catcth u later & tk care...Salam, Fauzi

OBM said...

pozie baguslah kalau boleh buat family day every year..akupun plan nak buat gak ari tu tapi tak berkesempatan..nak datang saudi ke sebelah sini ke ke riyadh? anyway...keta tak payah ambiklah kan...minyak keta tengah naik tu..salam

OBM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,

Need to know about kids schooling in Yanbu. Just call me makteh. If possible please e-mail me at maktehkayo@yahoo.com
I got the offer from YUC, still waiting the visa from them.
TVM.

-makteh

OBM said...

salam kembali makteh..
kids schooling in Yanbu is a hot topic..you may visit kembara ksa about education in yanbu and ask Shah/Shah about the schooling..btw they are from YUC..you may also post the question to Tentang Sesuatu Amie/Ejalz (YUC also)...see the favourite link in this web blog..