Monday, September 29, 2008

Besok Raya di Saudi (30 Sept 2008)

Alhamdulillah setelah 29 hari berpuasa - pertama kali di bumi Saudi ini, petang tadi selepas maghrib dahpun terdengar takbir raya berkumandang di masjid bersebelahan apartment yg OBM sewa di Mekah Mukarramah. Ainna duk sibuk bertanya 'besok tak yah posa ke aboh?'
Anyway kali ini ramai Malaysian Yansab yg bawak family ke Saudi nie akan beraya di Mekah, jadi rasanya port tumpuan mestilah kat D'Saji...makan2 sambil borak2 kot...yg mana dah datang ke tanah haram nie kenalah buat tawaf widak sebelum bertolak balik ke Yanbu atau mungkin ada yg ke Jeddah - jadi OBM dan keluargapun plan insyaallah selepas solat raya kat Masjidil Haram, berkumpul di D'Saji dan kemudiannya tawaf sebelum bertolak balik...walaupun cuma beberapa hari kat Tanah Haram ni tapi banyak pengalaman yg berharga telah OBM dan keluarga perolehi...dari pengalaman naik bas sekeluarga ke masjidil haram, bersolat terawih + khatam quran, merempuh lautan manusia untuk balik ke Kudai, menunggu sejam lebih untuk naik bas keluar al-haram, terlupa tempat parking keta sehingga kul 2 pagi baru sampai kat apartment dan bermacam2 lagi...insyaallah segala pengalaman yg dikutip sepanjang beberapa hari ini akan OBM jadikan bekalan untuk masa depan..akhir kata OBM attachkan sekali lagi gambar ucapan selamat raya dari OBM sekeluarga kepada keluarga dan semua yg mengenali (walaupun gambar tu dah ada kat blog 'Perjalanan Ini...'.....tapi OBM rasa sememangnya gambar ini sesuai untuk posting OBM kali ini...

'Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin kepada ibubapa, mertua dan sanak saudara yang berada di Paka dan Kerteh, Terengganu. Tidak lupa juga kepada sesiapa saja yang mengenali kami sekeluarga '

9 comments:

zie1978 said...

salam en OBM..
insyaALlah bulan nevember nantI ABG SULUNG SAYA AKAN BEKERJA DI ARAB...
p/s : OBM tu macam nama singkatan ayah saya jer...Omar Bin Mohamad

OBM said...

salam kembali zie1978..alhamdulillah datanglah ramai2 biar bumi arab nie tak jadi asing lagi..tentang singkatan OBM tu memang boleh jadi banyak bende..seronok lak guna nick tu..btw OBM kenal ker abg sulong tu? arab kat maner?

zie1978 said...

abg saya sekarang kerja di petronas gebeng. dah byk kali mintak kerja di arab, baru ni dpt...mgkn bulan 12 ni dia gi kot...nanti bila dia dah gi sana saya bagitahu. boleh OBM kenal2 dengan dia.

Anonymous said...

Salam Bro OBM,

Tak lama lagi, ada 3 lagi technicians maintenance Optimal akan meninggalkan optimal..kalau tak silap dia orang akan berhijrah ke Qatar....nejar2 sume pening doh...

Ko raya kat sana...tak de ker orang arab yang kunjung mengunjung kat umah ko?..Mana tau kot-kot da nak makan masakan M'sia...

Selain ko beraya kat Mekah...hari raya ketiga sampai ke tiga puluh mana ko lepak bro?...Anak ko ada dapat duit raya Arab?...syukran..syukran...

Ko tak pergi ke umah Duta M'sia?...

OBM said...

Salam Maulana, ramai gak tu 3 orang skali, dia orang pegi interview sama2lah tu agaknya..kat Qatar tu dengar cita cost livingnya tinggi melangit..
kitaorang raya kat sini buat masa nie beraya sesama rakan malaysia jer...dah 3 / 4 malam ke sana sini beraya..alhamdulillah murah rezeki bebudak tu dapatlah jugak duit raya..tentang masakn bila dah buat open house sesama orang malaysia makanya masakan mestilah masakna malaysia...hehhe..barang2 seperti rempah ratus ada yg boleh didapati dari kedai2 indonesia especially..rumah duta malaysia? rumah dia kat riyadh jauh tu...hehhe...paling dekat sini ngan rumah konsulatlah...lebih kurang 4 jam travel..macamanerpun hujung minggu nie kitaorang plan nak buat gathering lagi...boleh kata kebanyakkan org malaysia yg menetap kat sini akan join skali...nanti bila ada gambar sesuai OBM akan paparkan dalam topik baru blog..
ok kirim salam semua..

Anonymous said...

OBM,
nak tiru surat resign boleh??? ahaks....

OBM said...

tanpa nama...sape eh? nama tu mcm hero kat komik pedang setiawan jer..anyway nak tulis surat resign senang jer...bukak internet google jer 'resign'insyaallah bertimbun2 yg kuar...hheheh

Anonymous said...

Salam OBM,

Sepi nyer bolg OBM ni....dah lama tak terupdatekan sebagaimana sepatutnya.....
OBM..another next 2 years...ada can dak nak gi sana?..he..he..resume dah siap dah..degree lom lagi..ahaks!!

Anonymous said...

OBM..sekali sekala..kita set la untuk YM ker skype ker...Che Zaki baru belajar nak skype tu OBM...ada berani???