Friday, May 30, 2008

Madinah...Madinah Al Munawarah

Hari Jumaat, tepat pukul 7am, kami berlima telah bertolak ke Madinah dari Lighthouse hotel di RC. Masing2 telah menetapkan niat untuk bersolat jumaat di masjid Nabawi, insyaallah. Owner Villa_Bayu (Zuraili) juga bertolak ke Madinah pada hari yg sama tetapi mereka bertolak agak lewat 1 jam dari kami. Kelmarin, Hj Fadzil dan beberapa orang lagi telahpun bertolak ke Madinah. Mereka bermalam di Madinah dan akan bertolak kembali ke Yanbu selepas solat Asar bersama2 dengan kami.

Bertolak ke Madinah, pandangan jalan Yanbu-Jeddah pada awal pagi

Nazreen, W Azmi dan Remy sementara menunggu sarapan pagi, kedai2 arab semuanya berkonsep yg sama, kat atas meja cuma dihamparkan plastik untuk diletakkan roti...

Kelihatan bukit berbatu sebelum memasuki bandar Madinah

Akhirnya setelah terlewat beberapa jam, kami tiba di bandar Madinah Al Munawarah. Alhamdulillah sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Nabawi walaupun hanya di perkarangan

OBM di depan Masjid Nabawi, alhamdulillah OBM ambik peluang posing sebelum ziarah makam Rasulullah SAW. Selepas solat Jumaat, kawasan didepan masjid agak lengang..jadi OBM ambik peluang ini untuk sempurnakan solat dan ziarah.

Di dalam Masjid Nabawi, alhamdulillah sempat menziarahi makam Rasulullah SAW, bersolat di Raudhah dan beriktikaf..

Sebelum maghrib, kami bertolak kembali ke Yanbu, dan dalam masa 1jam 30 minit kami selamat tiba ke RC. Terima kasih Wan Azmi yang bertindak selaku 'driver', walaupun beberapa kali tersesat jalan...lain kali kita kembali ke sini insyaallah...

Monday, May 26, 2008

Server problem...

OBM cuba nak updatekan blog dengan gambar2 terbaru tetapi nampaknya server blog nie ada problem so tak dapatlah nak uploadkan. Tetapi tak ape insyaallah bila server dah ok nanti OBM akan uploadkan.
Untuk kekawan yg hari2 bukak blog nie untuk berita2 terbaru OBM ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi ada sekelumit rasa ingatan kepada OBM kat sini. OBM sendiri hari2 teringat jugak masa2 di optimal dulu bila sama2 keluar makan tengahari dan buat kupasan berita2 semasa seperti politik dan formula 1. Kat sini rasanya masa begitu cepat berlalu, tido kul 9mlm bangun kul 4.30pagi pegi kerja kul 7pagi balik kerja kul 4ptg, berehat sekejap lepas tu solat dan dah sampai masa untuk tido....kalau diambik sedikit masa untuk internet atau keluar ke supermarket maka tak aderlah masa tersisa untuk berehat dari penat sehari kerja..
Untuk keluarga tersayang, Cik Aa, Ainna, Nadzmin dan Affi, sekarang nie OBM masih lagi tunggu translation yg dibuat sebelum memulakan proses untuk memohon visa. Insyaallah target bulan 8 untuk bawak semua family ke sini akan menjadi kenyataan..
Untuk Kak Tie dan keluarga di Kerteh, OBM kat sini sihat2 sahaja malahan mungkin dan bertambah 2-3 kilo...walaupun cuaca dah start terasa baang panas dan beban kerja mula terasa tapi alhamdulillah buat masa nie segalanya adalah positif. Tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia untuk bercuti......
OBM dahpun jumpa rumah untuk disewa...dah ada snap bebrapa keping gambar tetapi disebabkan server problem, tak dapatlah nak diuploadkan gambar2 tersebut. Kat sini rumah adalah dalam range 25k hingga 50k...tetapi kena tepuk dada tanya selera...kalau nak save kenalah cari yg berpada. Cara bayaran lak biasanya 6 bulan sekali atau 1 tahun - kena bayar lumpsum.

Thursday, May 22, 2008

Berita 2 minggu

Dah 12 hari OBM tak memuatkan cerita-cerita terbaru kat sini. Sebenarnya banyak yang berlaku tapi disebabkan oleh masa dan komitment lain maka OBM terpaksa tangguhkan niat untuk updatekan blog ini.
Pagi tadi satu group kereta diketuai Hj Fadzil telah bertolak ke Madinah, insyaallah katanya nak bermalam disana. Macam OBM dan satu kerea lagi insyaallah akan ke Madinah pagi2 besok. Niatnya nak meziarah tempat2 bersejarah islam juga insyaallah bersembahyang Jumaat di Masjid Nabawi. OBM akan ikut beberapa kekawan yang dah beberapa kali ke Madinah. Mereka lebih tahu tentang tempat2 di Madinah nie. Beruntunglah OBM dan mereka2 yg datang terkemudian dengan adanya bantuan2 mereka2 yg dah sampai awal yang begitu prihatin dan sentiasa sedia membantu. Tinggal diperantauan ini kekawan seperti mereka inilah yang mengukuhkan azam kita dan menguatkan tekad untuk terus bertahan.......
OBM telahpun berpindah dari Ballad (Bandar) Yanbu ke Lighthouse hotel di Royal Commisioning(RC).

OBM bergaya di dalam Masyaal Apartment di bandar Yanbu (Ballad)


Zikhan dan Abg Raffi yang masih di bandar Yanbu

Zuraili (VillaBayu), W Azmi, Ahadin, Leman dan Hj Fadzil lepak depan TV

Sekarang kekawan kat sini dah mula survey rumah yang available kat sekitar RC. Beberapa orang dah hampir positif akan berpindah ke rumah baru setelah beberapa hari kesana-sini mencari rumah untuk disewa. Berpandukan kepada cerita mulut, nampaknya sewa rumah atau apartment kat sini adalah dalam lingkungan 25k hingga ke 50k setahun...bergantung kepada bilangan bilik dan samada fully furnished atau tak..
Nanti sambung lagi...

Saturday, May 10, 2008

Gambar-gambar Pegi Umrah

Assalamualaikum, OBM nak share gambar2 masa mengerjakan umrah last week. Sekarang nie dah ada cara untuk masuk internet dari masa ke semasa so insyaallah OBM akan cuba 'fresh'kan blog nie dengan cerita2 semasa...kami pergi menggunakan kenderaan yang berasingan so OBM hanya dapat sertakan gambar-gambar yang ada dalam simpanan OBM sahaja. Insyaallah keluarga dan kawan2 yang mengikuti blog ini memahami niat OBM yang ingin berkongsi kebahagian kerana dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah. Tidak ada gah..tidak ada sifat menunjuk-nunjuk insyaallah...

W Azmi dan OBM sedang concentrate driving ke Mekah...dalam Ihram..

Untuk Cik Aa sekeluarga...macamaner hensem tak? Kat depan hotel di Mekah..

W Azmi dan OBM sedang mengagumi sesuatu..

Yaakob, OBM dan W Azmi di depan Masjidil Haram, dah selesai umrah tapi belum bercukur..

OBM dan Zikhan, bersyukur dapat menjejakkan kaki ke Mekah..

Untuk tatapan keluarga tersayang, kebesaran Baitullah di musim umrah


Oppss, tayar kereta pancit sebelum bertolak pulang ke Yanbu...alhamdulillah dapat dibaiki..

Dalam perjalanan pulang dari Mekah...insyaallah kami akan bertandang lagi...


Wednesday, May 7, 2008

Besok pegi Umrah

Insyaallah besok plan nak pi umrah..mungkin 3 keta sekali ngan batch yang sampai dulu. Besok OBM kena bawak sendiri satu kereta berdebar jugak sebab tak biasa pandu sebelah kiri nie...tapi sebab azam dah kuat nak pegi jugak. Masing2 semua bersemangat tu...maklumlah dah 1 minggu kat KSA nie.....
Rumah yang kita orang baru pindah hari tu tak der internet...cuba carik wifipun tak jumpa..terpaksalah bersabar buat sementara waktu. Macam hari nie datang rumah kekawan kat RC sebab nak ambik kereta so bolehlah tumpang wifi diaorang. Rumah kat RC nie ada free wifi memang hari2 boleh masuk internet dan boleh chat ngan family kat Malaysia.....ada baik dan buruk duk kat bandar Yanbu dan kat RC nie...kat RC selesa, luas dan ada WIFI compare ngan kat bandar, tapi kat bandar tu dekat ngan kedai2 makanan pun senang dapat...rumah kat bandar tu dekat jer dengan Yanbu Internation Market...so sebut jer sayur apa, buah apa, makanan apa semuanya ada...hujung minggu nie mungkin nak try masak ikan kerapu Yanbu KSA...dah ada Abg Raffi sebagai tukang masak...hehehe..
Semalam dah beli barang keperluan umrah...kain ihram dan talipinggang...beli jugak 3 helai baju jenama CAMEL dan LEVI, murah jer SR30 sehelai....kat opis kalau nak pegi site kena pakai lengan panjang...lengan pendek boleh setakat kat opis jer...
Oklah OBM nak kena stop kat sini, kat bawah nie ada beberapa gambar untuk tatapan semua...jumpa lagi...insyaallah...

Baha, Hj Razak & Zikhan kat depan apartment Maashal di bandar Yanbu.

OBM kat dalam opis...masih guna kabin sementara lagi...


Ahadin, Hj Razak, Zikhan & Baha bergaya kat depan Panda Hypermarket...byk barang kat sini.

Saturday, May 3, 2008

Misi bermula

Dalam diam dah 3 hari kami kat Yanbu ni. Hari nie cuma 1/2 hari di site office untuk settlekan beberapa perkara seperti signing the contract, fill-up forms untuk worker id dan beberapa perkara lagi. Sejak semalam kami dah mula cari cara untuk berkomunikasi yang lebih mudah dan murah dengan teman2 sekitar Yanbu dan terutamanya untuk berhubung dengan family kat kampung. Kalau semalam kami sibuk dengan internet based communication seperti Yahoo Messenger dan SKYPE, hari nie lain lak trendnya.
Selepas balik dari reporting ke Yansab, kami dah mula meronda ke bandar Yanbu. Dengan jasa baik seorang driver Somalia(Yansab driver), kami telah dibawa ke sebuah kedai telekomunikasi untuk membeli sim-kad tempatan. Kat sini dia ada 2 pilihan samada al-mobily atau ada satu lagi yang OBM dah lupa namanya....tapi semua 6 orang kami kat sini telah beli mobily sim-kad, harganya 75SR untuk nilai pre-paid 75SR. Nombor yang kami dapatpun agak bagus tapi kami tak dapat nak buat selection...ala macam sim-kad maxis ngan celcom tu...oklah dengan kad baru nie bolehlah sms ker call ker family kat kampung. Rate kalau tak silap satu sms dalam 0.45 SR...oklah tu. Cuma kalau nak call kita orang prefer untuk guna SKYPE sebab boleh call handphone kat Malaysia. Rate diapun tak mahal, kalau call fixed line kat Malaysia guna SKYPE nie rate dia lagilah murah....so OBM sendiripun terus jer subscribe ngan SKYPE nie, dah top up US10...kalau tak silap bolehlah guna untuk call beberapa jam kalau mahu...
Oklah battery notebook dah low...besok2 sambung lagi...

Friday, May 2, 2008

Menjejakkan kaki ke KSA

Akhirnya setelah beberapa bulan OBM dan kekawan berpeluang menjejakkan kaki ke bumi yang berkat ini. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar dari mula menaiki flight dari KT sehinggalah sampai ke bandar Yanbu KSA. Mulanya rasa berdebar jugak mengingatkan banyak experience yang tak berapa bagus untuk kekawan yang dah sampai awal kesini.
Flight ke Jeddah bertolak pada pukul 3.20pm(masa Msia) dari KLIA dan selepas 9 jam sampai ke Jeddah. Proses imigresen start dari pukul 7.30pm (masa KSA), dan ambik masa lebih kurang 2 jam. Walaupun ramai orang yg datang untuk menunaikan umrah tapi proses imigresen agak ok. Bila keluar jer, dah ada wakil SABIC menunggu untuk pick-up kita orang - Lupa lak nak bagitau, kekawan yang pegi sekali nga OBM ada 6 orang iaitu Hj Razak, Baha, Ahadin, Raffi, Zikhan. Pengajaran pertama kita orang bila keluar airport ialah kalau nak guna luggage trolley tu gunakanlah tapi kena tolak sendiri kalau tak nanti bersiaplah untuk bayar rm20...sebab ada yg dah terkena...hehehhe
Wakil SABIC yg menunggu tu ialah driver Pakistan yang dah bekerja hampir 2 tahun setengah dengan Yansab nie dan happy jer dia. Dia suruh panggil Babba jer....sempat gak posing depan Van dia dan tempat pertama kita orang stop untuk mengisi perut...
Hari Jumaat relaks dulu kat Hotel, pagi Sabtu pukul 7am dah kena pergi ke Yansab...


OBM berposing depan one-stop station untuk mengisi perut yg dah kosong...




Zikhan tengah mencuba kebab Arab ... tak habis makan tu..kat belakang tu Babba tengah monitor kita orang...bagus Pak Cik nie.

Ahadin, Abg Raffi, Baha, Zack dan Hj Razak sedang breakfast kat Danat Hotel. Hj Razak tu tengah mencuba kopi Arab, lepas order baru waiter (org Indonesia) bagitau yang kopi tu untuk bagi tenaga tambahan...hehehe..


Diantara menu breakfast hari pertama kita orang kat Danat Hotel...memang tak habis makan..

Masing-masing tengah sibuk berchatting dan video conference dengan family...Danat Hotel ada sedia free wifi..Ahadin masih lagi ada problem ngan network setup..


Thursday, May 1, 2008

1st May 2008


Hari yang sibuk..flight hari nie kul 10.05am dari KT. Bertolak dari BBBR dalam kul 8.15am, sampai kat KT Airpot dalam kul 8.45am. Ayah&mak sekeluarga, abg Faizal & K Tie sekeluarga, Abg Din&K Za sekeluarga, Amir&K Zie sekeluarga, Cik Aa & mak Paka dan anak2 semua turut menghantar. Terima kasih OBM ucapkan semoga masing2 sihat sejahtera dan berjumpa lagi insyaallah dalam masa 3 bulan mendatang. Amir REpun ada kat airport katanya hantar abang ke middle east. Kali nie katanya semua abg beliau sekeluarga akan ke middle east.
Tadi pagi sebelum bertolak Radzi ada call, Hj Pauzi ada call dan Zackpun ada call. Insyaallah kita berjumpa di Yanbu nanti. Zack masih lagi di Senai dan sekarang mungkin waktunya untuk k terbang bertolak dari sana. Tadi baru jumpa Hj Razak ngan Baha - Polyplastic, dah lega sikit jumpa geng satu kapal.
Untuk Cik Aa, Ainna, Nadzmin dan Affi, kat atas nie ada abah pastekan gambar masa tgh menaip blog kat klia. Insyaallah nanti abah akan updatekan berita-berita semasa..LUV U ALL
Insyaallah lagi 4 jam akan bertolak ke Jeddah menaiki flight MH150..