Thursday, December 25, 2008

Ucapan Tahun Baru 2009


OBM ingin mengambil peluang ini untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua sanak saudara, teman-teman dan sesiapa yang mengenali. Insyaallah dalam beberapa hari lagi tahun baru 2009 akan menjelma. Banyak persoalan boleh diajukan dan banyak alasan boleh diberikan tapi secara jujurnya tercapaikah apa yang telah azamkan ditika ini setahun yang lepas?
Apakah yang ingin dicapai ditahun ini dan bersediakah kita ? Bagaimana agaknya cabaran seterusnya, apakah keadaan ekonomi semakin merudum, dunia semakin bergolak dan Malaysia menemui cahaya?

Tuesday, December 16, 2008

Seketika di Musim Haji

OBM tak nak banyak cerita tapi nak paparkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika OBM mengerjakan haji. Alhamdulillah segala persiapan awal dan perancangan haji berjalan dengan baik dan dengan bantuan dan kerjasama rakan2 di Yanbu nie terutamanya Hj Ghazzali,
Hj Zuraili dan Hj Yusof dan yg lain2 yg tak mengenal penat letih telah berjaya mengkoordinasikan team haji Malaysia Yanbu dengan jayanya. Tak lupa juga OBM nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Hj Pauzi dan isteri sekeluarga yg telah memberi jagaan yg baik kepada anak2 OBM dari mula OBM bertolak ke Mekah sehinggalah kembali ke Yanbu. Terima kasih berbanyak...

Candid OBM didepan khemah di Mina


Manusia di depan Masjidil al-Haram


Lagi depan khemah di Mina - kebanyakkan masa memang di Mina


Pengalaman duk atas bumbung van untuk ke Jamrat


Ada lagi....


Ada lagi...

Tak der dah..heheheh

Malam terakhir di Mina sempatlah OBM, isteri dan beberapa rakan mencuba masakan Malaysia..gambar kat bawah menunjukkan terpampang KLCC....


Semoga OBM menuju ke arah lebih baik insyaallah......



Friday, December 5, 2008

Debaran Haji

Alhamdulillah semalam dah dapat permit untuk buat Haji - nasib baik OBM dan isteri telahpun buat persiapan serba sedikit so taklah last minute nak carik itu dan ini...pagi tadi dah awal2 pagi OBM dan isteri hantar anak2 ke rumah Hj Pauzi kat ballad, terima kasih berbanyak kerana sudi korbankan masa dan tenaga untuk jaga anak2 kami yang bertiga tu..diaorang nie boleh tahan jugak lasaknya so kalau nak rotan tu rotan jerlah...heheheh...
Sekarang duk tengah tunggu bas, katanya kul 10am kat masjid al-nawa, so OBM curik masa untuk tulis perkembangan terkini sekejap..doakan OBM dan isteri dapat mengerjakan haji dengan selamat dan memperolehi haji mabrur isnyaallah....segala salah dan silap harap dimaafkan...amiiin.

Wednesday, December 3, 2008

Visiting Jubail Industrial City

Hari Jumaat baru nie OBM berpeluang melawat bandar Jubail yang diwar-warkan kemas, cantik dan tersusun tu. Kalau yang tak tahu, Jubail nie bandar kembar untuk Yanbu - untuk Royal Commissionnya disebut RC Jubail and Yanbu gitu..
OBM kesana bukannya atas tambang sendiri tapi SABIC yang bayar - sebabnya OBM kena buat presentation kat sana.

Kat atas tu gambar k/terbang Saudi Air sebelah k/terbang yang OBM naik. Untuk sampai ke Jubail nie OBM mula dengan naik k/terbang kat Yanbu Airport, kemudian tukar k/terbang lain di Jeddah Airport sebelum sampai ke Dammam Airport. Jangkamasa perjalanan lebih kurang 2 jam macam tu..kalau drive makan gak 1 hari heheheh...maknanya bukanlah dekat dari Jubail ke Yanbu nie, satu letak kat barat dan satu lagi kat timur bumi Saudi nie..


Nampak deretan k/terbang kat Airport Jeddah.....nie masa OBM menunggu nak ke Dammam. Dari Dammam Airport OBM sewa kereta dan drive ke Jubail Royal Commission. OBM pegi berdua dengan kawan YANSAB, so mula2 sampai sana OBM dan si Martin pergi survey dulu carik hotel Inter Continental yang jadi tempat presentation keesokkannya..bila dah jumpa tempat tu barulah kami pergi ke bandar Jubail untuk carik tempat bermalam, alhamdulillah setelah 2-3 kali round barulah jumpa hotel yg bersesuaian..


Gambar SABIC building di Jubail yang sempat OBM rakamkan...nampak kelass gitu..hehehe
Hari pertama conference tu alhamdulillah selesai dan member OBM si Martin tu adalah orang yang pertama present paper dia..tghari makan free - malampun makan free. Kebetulan Zuraili(VillaBayu)pun ada di Jubail tapi tak sempat nak makan malam sama-sama sebab malam tu OBM ada dinner dengan boss dan lain2 yg attend conference tu..
Hari ke-2 conference dapat lak berkenalan dengan Bro Anwar yg sekarang nie seconded kat SADAF. Dari Bro Anwar nielah OBM dapat jejak kasih ngan Pok Lie.

Ariff, OBM, Pok Lie dan Bro Anwar setelah makan malam kat Restoran Pattaya di bandar Jubail. Alhamdulillah dapat jugak OBM merasa masakan tomyam di bumi arab ni.
Keesokkannya pagi2 pukul 5 OBM dan Martin dah bertolak ke Dammam Airport dari bandar Jubail. Alhamdulillah OBM selamat sampai ke Yanbu Airport dalam kul 3.30 ptg...terima kasih kepada Wan Azmi yg datang menjemput, juga terima kasih kepada Leman Mardi yg bersusah payah menghantar OBM ke airport hari jumaat yg lalu - budimu dikenang bro....

Saturday, November 15, 2008

Haji 2008 Ke-1 Kali Insyaallah

Kalau kat Malaysia masa nie dok mengira hari dah tak lama nak raya haji, kat sini tengah mengira jugak tapi kira bila nak pergi haji..kalau tak ada apa2 aral insyaallah OBM dan isteri akan menunaikan ibadah haji, ambik peluang yg ada. Ramai kekawan yang sama2 berniat nak buat haji nie...hari tu ustaz yg bagi ceramah haji katanya dah tak ada alasan untuk kita orang yang memang ada kat sini untuk tidak tunaikan haji, tentang bab belajar tu insyaallah boleh belajar.
Hari Jumaat lepas ada lagi sesi ceramah haji nie...alhamdulillah rasa terang dan jelas jer jalan tu. Mungkin sebab minggu2 sekarang nie masing2 sibuk berbicara pasal haji jer so senanglah sikit masuk..memang bila cerita pasal ihram, meeqat, tawaf, saei...dan haji lebih kurang macam umrah cuma berbeza di melontar, wukuf/mabit maka lagilah rasa teruja..
Kalau diikutkan kami semua bercadang untuk buat haji ifrad, buat haji jer - nanti umrah insyaallah selepasnya..orang rumah lak banyak masa study buku2 haji kat rumah so dapatlah jadi tempat rujukan..heheh..ustazah celup tu..lagipun ramai kawan kita yg dah buat haji berkeja kat Yansab nie so no problem..ada kemusykilan hanto email jer pada group Yansab insyaallah akan dijawab..
Ustaz penceramah hari tu kata yg penting kena banyakkan doa semoga dipermudahkan segala urusan, boss beri kelulusan, transport halal, tambang halal dan perolehi haji mabrur..

Monday, November 3, 2008

Prosedur Emergency Exit di YANSAB

Jumaat malam lebih kurang kul 10.30mlm OBM selamat tiba kembali di Yanbu - alhamdulillah segala urusan dipermudahkanNya dari awal buat persediaan balik hinggalah selamat tiba kembali di Yanbu. OBM nak ambik peluang nie untuk ceritakan serba sedikit prosedur untuk permohonan balik ke kampung kalau ada kes emergency...bukannya apa, bolehlah dijadikan panduan bagi kekawan yang lain - lagipun OBM rasa terhutang budi sangat kepada semua Malaysian Yansab yang telah bersusah payah buat collection ari tu...

a. Yang pertama sekali bila ada kemungkinan untuk berlaku kes2 emergency nie-immediate supervisor atau boss hendaklah diconsult dulu - bagitau mereka2 nie secara baik2 dan ceritalah seeloknya, insyaallah diaorang nie paham - mintak pandangan diaorang dan bagi hint sikit2 yg ada kemungkinan kita kena balik kampung untuk beberapa hari..
b. Kedua, dapatkan bukti2 yg nyata seperti surat dari hospital atau apa2 dokumen yang related ngan kes emergency tu...lepas tu forwardkan kepada boss untuk makluman dia..sekali lagi consult ngan dia..
c. Ketiga, survey harga tiket dan plan untuk pernerbangan balik, biasanya Jaafar akan dapat tolong kita dalam hal nie..nak bayar harga tiket lak tak yahlah gi bank keluarkan duit dulu...bagi jer kad atm kat Jaafar, nanti dia goreskan macam kad kredit...
d. Keempat, kalau dah setkan bila nak balik tu bolehlah mula isi borang clearance, dapatkan sign finance mcm biasa....isi borang untuk permohonan cuti dan jugak borang untuk visa exit/reentry. Kali nie kena dapatkan signature sampai tahap GM...almaklumlah emergency dan nak kena proses cepat belaka..
e. Kelima, submitkan kesemua borang tadi beserta dengan copy passport/iqamah untuk semua yang akan balik ke Malaysia - Jangan lupa untuk serta kan SR200 untuk setiap orang..kalau ada 5 sekeluarga makanya SR1000 kena adalah..bagitau Amin/Meshari yg ini adalah kes emergency dan tunjukkan signature GM yg dalam borang tu..Insyaallah permohonan kita akan diproses dalam kadar segera

Bila dah dapat kertas kelulusan exit-reentry tu make sure double check lagi untuk elakkan dari sebarang kesilapan dan dapat pulang ke Malaysia dan kembali ke Yanbu tanpa banyak masalah..

p/s: terima kasih kepada kekawan kat Malaysia yg telah sudi meluangkan masa bertemu ngan OBM di restoran tepi sungai dan kat majlis raya bandar baru Kerteh... jumpa lagi tahun depan..

wallahuaalam bissawab..

Tuesday, October 21, 2008

OBM & Malaysia

Janganlah mare sebab tak der cerita baru yang OBM muatkan dalam blog ni. Kalau tak ada aral insyaallah OBM akan balik ke Malaysia besok malam...mungkin khamis pagi sampai kat KLIA. Dari situ OBM rasa macam nak sewa keta jer untuk 1 minggu...senang nak kesana sini.
OBM balik sebab ada kecemasan kat kampung, semoga dapatlah menatap wajah ibunda.....
Asalnya nak balik sorang jer tapi bila dipikirkan balik campur tolak - akhirnya OBM decided akan balik semua satu family dan kembali ke Yanbu selepas 1 minggu..
Alhamdulillah segala persiapan untuk balik dalam keadaan emergency nie berjalan seperti dirancang - boss sampai tahap GMpun bagi kerjasama yg baik, tak derlah secomplex yg dibayangkan. Cuma passport Ainna tu kena buat pembetulan sikit sebab no iqamah dia tak sama macam dalam system, tapi Amin dah janji nak settlekan by tomorrow so berdoa jerlah..
Baru sekejap tadi balik dari jamuan raya rumah abg pie, sekarang nie dah rasa bandar Yanbu ni macam rumah ke-2, family malaysia dah banyak, jalan2 dah hampir hafal semuanya dan culture diaorangpun dah terdedah sikit demi sedikit...kat jamuan raya tu makan-makan jugak tapi kepala OBM nie rasa melayang jer ingat ibunda kat kampung.....
Besok OBM akan balik naik Saudi Airlines tak tahu macamaner flight punya facilities - ada ker tv? kalau tak nanti bebudak tu meragam lecehlah pulok..
Untuk member kat Malaysia yang tabah ikut blog OBM nie - insyaallah kalau berkesempatan OBM akan calling-calling...

Monday, September 29, 2008

Besok Raya di Saudi (30 Sept 2008)

Alhamdulillah setelah 29 hari berpuasa - pertama kali di bumi Saudi ini, petang tadi selepas maghrib dahpun terdengar takbir raya berkumandang di masjid bersebelahan apartment yg OBM sewa di Mekah Mukarramah. Ainna duk sibuk bertanya 'besok tak yah posa ke aboh?'
Anyway kali ini ramai Malaysian Yansab yg bawak family ke Saudi nie akan beraya di Mekah, jadi rasanya port tumpuan mestilah kat D'Saji...makan2 sambil borak2 kot...yg mana dah datang ke tanah haram nie kenalah buat tawaf widak sebelum bertolak balik ke Yanbu atau mungkin ada yg ke Jeddah - jadi OBM dan keluargapun plan insyaallah selepas solat raya kat Masjidil Haram, berkumpul di D'Saji dan kemudiannya tawaf sebelum bertolak balik...walaupun cuma beberapa hari kat Tanah Haram ni tapi banyak pengalaman yg berharga telah OBM dan keluarga perolehi...dari pengalaman naik bas sekeluarga ke masjidil haram, bersolat terawih + khatam quran, merempuh lautan manusia untuk balik ke Kudai, menunggu sejam lebih untuk naik bas keluar al-haram, terlupa tempat parking keta sehingga kul 2 pagi baru sampai kat apartment dan bermacam2 lagi...insyaallah segala pengalaman yg dikutip sepanjang beberapa hari ini akan OBM jadikan bekalan untuk masa depan..akhir kata OBM attachkan sekali lagi gambar ucapan selamat raya dari OBM sekeluarga kepada keluarga dan semua yg mengenali (walaupun gambar tu dah ada kat blog 'Perjalanan Ini...'.....tapi OBM rasa sememangnya gambar ini sesuai untuk posting OBM kali ini...

'Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin kepada ibubapa, mertua dan sanak saudara yang berada di Paka dan Kerteh, Terengganu. Tidak lupa juga kepada sesiapa saja yang mengenali kami sekeluarga '

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan di Yanbu, KSA

OBM rasa paling seronok sekali kat sini adalah waktu start kerja adalah kul 10.00pagi, so cuba bayangkan berapa jam masa yg OBM ada untuk tido start dari lepas sahur dan solat subuh....emm..kurang2 ada 4 jam kat situ, bangun tido mesti segar bugar....
Kalau ikut cerita2 kekawan arab sebab utama diaorang perkenalkan masuk lewat nie sebab kebiasaan diaorang terutama yang sebelah western province nie untuk berjaga malam dan buat ibadah pada bulan ramadhan so daripada marah org masuk kerja lewat atau buat kerja dalam keadaan separuh sedar baiklah diaorang perkenalkan sistem macam nie ....so benefits sistem dapatlah kepada OBM sekarang nie..bila dah masuk kerja lewat, mulalah kelam kabut nak settlekan kerja2 opis.
Minggu lepas OBM ada ke Madinah, saje nak rasa suasana berbuka ngan berterawih kt sane. Cuma satu perkara yg memeningkan kepala OBM ialah camner nak jaga anak2 tu masa terawih...kalau yg dah besar panjang macam Ainna ngan Nadzmin masih boleh dikawal tapi yg kecik Affi tu susahlah sikit..bila pikir punya pikir sambil ingat2 balik apa yg org lain buat barulah dapat idea nak ikat kaki Affi nie...

kena ikat

Lena tidur di perkarangan Masjid Nabawi

walaupun bunyi macam 'ganas' sikit tapi itu sebenarnya membuktikan kasih sayang mak ayah pada anak2...alhamdulillah cara tu berjaya...baru jer abis solat isyak si Affi nie terus terlelap sampailah OBM selesai buat 8 rakaat...hajatnya nak sambung terus witir (walaupun Imam sambung ke 20 rakaat), tapi dengan keaadaan Affi yg dah terjaga dan nak start menangis terpaksalah OBM batalkan niat tu terus jer dukung Affi untuk sambung witir kat hotel...abis cerita pasal madinah.
Kat sini rutin OBM bila balik kerja tu terus lepak depan tv sambil layan karenah anak2...si Ainna tu dah posa so kena jaga hati dia lebih sikit...kat sini bukak puasa dlm kul 6.40ptg cam tu...dan waktu rehat dari start bukak posa sampai ker isya' tu agak panjang, ada 2 jam...so memang best.

Untuk bekalan lauk-pauk biasanya OBM akan kuar waktu petang lepas balik kerja, satu family ke Panda atau Star Market beli stock. Bebudak nie kalau dengar nak pegi cari lauk nie memang sukalah...almaklumlah most of diaorang punya masa adalah kat dalam rumah jer..
OBM tolak trolli berisi anak2 di depan Panda Hypermarkt

Dari segi makanan waktu berbuka memang class gitu...walaupun tak banyak pilihan kuih muih macam kat Malaysia tapi OBM rasa lagi ok....sakit perutpun tak der lagi buat masa nie..
Untuk makluman kat sinipun ada bazaar ramadhan dia tapi tak derlah happening macam kat malaysia...kuih lak kebanyakan gerai jual jenis yg sama jer...mungkin itulah taste kat sini..sekali-sekala adalah OBM beli kuih2 nie...saje nak rasa-rasa...yg best sikit mungkin samosa kot..
Malam nie insyaallah OBM akan ke Mekah untuk umrah, kali nie berdua ngan abg Halim jer...tak bawak family sebab ada program kursus haji specially untuk kami kat Yansab nie..nak bawak familypun dengar cerita sewa hotel dan lain2 memang melambung tinggi so kena pikir panjang dulu..anyway kalau ada rezeki insyaallah nak bawak family umrah lepas raya nanti...

Friday, September 5, 2008

Kemana OBM menghilang???


Ramai doh kekawan tanya kenapa OBM senyap sunyi jer...kalau nak dikira dari waktu last posting 'menghitung hari' tu dah jadi berminggu ngan berbulan...hehheeh
Alhamdulillah sekarang nie family dah ada kat sini - rasanya diaorangpun dah settle down dah..seminggu dua lepas dahpun bawak diaorang pegi umrah ngan ziarah kat Madinah. Tercapai jugak niat kat hati orang rumah nak buat umrah masa umur masih muda..
Sekarang OBM dah ada setupkan line internet sendiri, walaupun hanya 256kb tapi oklah dari dial-up kot...siap kongsi wireless lagi ngan rumah jiran (w azmi), bolehlah save sikit2...hehhe..
So orang rumahpun dah start nak ambik alih tanggungjawab updatekan blog untuk sanak saudara kat kampung especially dan untuk kekawan lain...blog OBM nie tengoklah dulu macamaner, mungkin OBM cuba updatekan 1 minggu sekali ker...sebab sekarang nie rasa sibuk sangat, bila balik kerja ada anak2 tersayang tunggu nak ajak main...emmm..
Untuk makluman address blog orang rumah OBM : blogcikaa.blogspot.com....

Saturday, July 12, 2008

Menghitung hari...........

Assalamualaikum,

Kalau perhatikan betul2 kat atas belah kiri blog nie ada OBM letakkan countdown untuk balik bercuti ke Malaysia....emmm..31 hb Julai nie genaplah 3 bulan OBM kat bumi Arab nie. Banyak kenangan banyak pengalaman walaupun jangka waktu tu tak lah panjang sangat..bumi Arab memang spesial, kat sinilah junjungan kita Rasulullah S.A.W telah diutus..disinilah mulanya Islam disebarkan..pernah satu ketika empayar Islam melebar sehingga ke pelusuk Andalusia..emmm

Berbalik kepada cerita countdown tadi, OBM sekarang nie dalam persiapan untuk bawak isteri dan anak2 ke sini, insyaallah kalau tak ada aral dalam awal bulan 8 OBM akan bawak mereka semua kesini....segala urusan yg lain2 alhamdulillah dah hampir settle semuanya cuma menunggu VISA dari embassy saudi di malaysia dan juga cuti isteri diluluskan...harap2 semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Untuk kekawan satu tempat kerja dulu, kalau tak ada aral nanti OBM akan call untuk lunch sama2, nak dengar sikit berita2 semasa.....

Friday, July 4, 2008

Kurma, Unta dan Bukit Magnet

Untuk dua kata pertama, kurma dan unta, memangnya sesuatu yang arab, tapi bukit magnet? Emm ini cerita betul dan pengalaman ke bukit magnet nie OBM rasai sendiri. Villabayu dah ada postkan sedikit tentang bukit magnet nie dan OBM nak tambahkan perasanya..heheh
OBM mulakan kali nie dengan gambar OBM kat pasar kurma Madinah, tak jauh dari Masjid Nabawi. Kat sini tak payah cakap arab atau orang putih, sebut jer nak kurma 1 kilo atau 30 riyal, pahamlah si pekedai kat situ. Bahasa melayu dah jadi bahasa lingua franca kat sini...mungkin sebab ramai orang indonesia atau malaysia yang membeli kurma kat situ..dalam satu blok bangunan kat situ memang banyak kedai kurma. Diaorang ada jual bermacam2 kurma dari yang kering, basah sikit2 atau yang sejuk dimasukkan dalam peti ais. Biasanya diaorang masukkan kurma muda kedalam peti ais nie, so bila makan tu terasa kelembutan dia...rasa macam ais krim

OBM depan pasar kurma

kurma lah pulak..BTW tujuan kami ke pasar kurma nie sebab Zuraili nak borong kurma untuk bawak balik malaysia, katanya nak carik kurma Agwa...kat arab nie kurma jenis nie memang popular, OBMpun mintak lah 5 riyal dengan pekedai tu sajer nak rasa. Alhamdulillah dapat free lak...mungkin sebab diaorang tak jual murah2...heheheh..nanti kat bawah posting nie OBM tunjukkan gambar kurma tengah masak diatas pokoknya....masa OBM pegi tu semua pokok kurma tengah kuning ranum dah hampir nak masak, tapi mungkin kat dalam gambar tu tak berapa clear..
Selesai jer membeli belah buah kurma nie kami terus ker Masjid Nabawi untuk solat Zohor, sebenarnya masa bertolak dari Yanbu kami bersama-sama 2 kereta, Suhaimi terus ke masjid Quba manakala kami terus ke pasar kurma dan lepas tu ke masjid Nabawi. Cadangannya nak berjumpa kembali selepas solat so Suhaimi akan tunjukkan satu kedai Indonesia untuk makan tgahri dan membeli barang dapur. Di masjid Nabawi masih lagi awal so kami teruskan dengan solat sunat dan melawat makam Nabi, lepas tu round2 sekitar masjid untuk tengok sejarah dan jadikan panduan...
Setelah solat Zohor, kami bertemu kembali dengan Suhaimi berhampiran kawasan bukit Uhud, sebelum kami bersama2 ke restoran indonesia untuk menjamu selera. Masakannya memang boleh tahan dan setelah lama tak rasa masakan pelbagai seperti kat malaysia, peluang nie memang begitu berharga. Kat sebelah restoran adalak kedai menjual pelbagai barangan dapur yang sesuai untuk orang malaysia..sayur-syuranpun banyak...kalau masih ingat kat posting lama OBM, di Jeddahpun ada satu tempat restoran indonesia dan disebelahnya kedai barangan dapur. So setupnya hampir sama, mungkin dua2 kedai nie saling bergantung...tapi kat Madinah nie ada satu lagi kedai yang menjual bakso dan sup ekor...tapi nama indonesianya bukan sup ekor..OBM dah lupa...waktu petang sebelum bertolak ke Yanbu kami singgah kekedai sup nie untuk makan malam..

Berebut nak ambik gambar....antara abang ngan adik, suhaimi hanya memerhati

Gambar kat atas adalah sekitar kawasan bukit magnet diluar daerah Madinah. Kawasan ini tak begitu popular kepada pelancong luar mungkin kerana kurang publisiti. Dengar ceritanya, kalau pakej umrah yg mahal2 mungkin pesertanya akan dibawa kesini, selain dari tu tak berpeluanglah. Untuk kami alhamdulillah, telah diwarisi turun temurun dari mereka2 yang dah datang awal ke bumi arab nie, merekalah yang menunjukkan jalan ke tempat2 sebegini...terima kasih OBM ucapkan...
Untuk pengetahuan semua, kat sini ada satu jalan yang lurus- jalan mati sampai ke satu round-about kecik kat penghujungnya. Untuk sampai ke penghujung jalan nie minyak kereta terpaksalah ditekan semaksima mungkin sebab pergerakkan kereta seperti ditahan-tahan. Meter kat kereta tetap kat 100km/h, tak leh naik dah. Haji Fadzil yg drive kereta tu beberapa kali bagitau kami yg kat dalam nie, suruh perhatikan meter tu betul2..almaklumlah kalau tak tengok takut tak percaya...dari penghujung jalan kamu buat turn 180 degree, untuk memulakan experimen kami iaitu biarkan gear free kemudian rasai sendiri macamner kerte tu berjalan sendiri. Opps...sebelum tu kami berhenti dulu dalam 300m kat depan tu sebab nak berposing, jadi gambar kat atas tu dan kat bawah nie masa berposing tulah...jangan lupa tarik h/brake keta tu tinggi2 kalau tak naya jer...

OBM bergaya kat bukit magnet

Jangan tak percaya, dengan melepaskan handbrake dalam keadaan free gear, kereta kami telah accelerate dari 0km/h ke more than 120km/hr....hanya dengan tarikkan magnet tersebut. Jalannya bukannya menurun bukit tapi hanya jalan lurus - hanya kebesaran Allah yang dapat diungkapkan...ada orang kata bukit magnet nie jadi pelindung kepada bumi Madinah...wallahuaallam..

Dalam perjalan balik dari bukit magnet kami sempat bergambar didepan kebun kurma. Buah kurma semuanya tengah masak ranum dan mungkin boleh dipetik dalam masa sebulan dua lagi..OBM agak jer..

OBM kat depan pokok kurma ngan buahnya tengah ranum...nampak ker?? Kat belakang tu..

Panjanglah pulok post nie...tak bais lagi cerita...nantilah OBM buat part 2...hehhe

Monday, June 30, 2008

Malaysiarabian

Untuk sesapa yang tak paham wording kat atas tu bolehlah tengok gambar yang OBM masukkan kat bawah nie.
Camner? Ada nampak macam malaysian - arab ke tak? Hehehe, sebenarnya nie pakaian beragam masa majlis suai kenal dan jamuan orang Malaysia & Singapore Yanbu di Radiisson hotel hari tu. Untuk gambar yang lebih lengkap mungkin bolehlah rujuk ke laman web lemanmardi atau zuraili villa bayu.
Saje jer tu, kalau Pak Arab nampak mesti dia kata 'Masyaallah'...emmm..dia seronok kitapun seronok. Lagipun kalau pakai jubah nie senang sikit, selesa lagi..jadi bukan setakat meniru-niru jer...ada hikmat disebaliknya tu.

OBM, W Azmi, Hj Fadzil dan Zuraili yang dengan cermerlangnya jadi M.C malam tu


Antara makanan yg dihidangkan, beriyani ngan kambing panggang seekor, lemak dan bermadu..hehe

Diantara Malaysian yg hadir, gambar kat screen tu Presiden Malaysia Yansab seumur hidup...masa mula2 datang Yansab dulu

OBM rasa majlis2 macam nie memang patut diadakan setiap bulan kalau boleh, almaklumlah kat sini masing2 sibuk dan tak ada masa nak beramah mesra so bila ada perjumpaan macam nie barulah boleh gelak sakan. Masa nie dah jadi macam suasana kat Malaysia ngan W Azmi dan Nazir sibuk pasang lagu melayu, lepas tu Zuraili lak siap berpantun lagi.
Mana-mana yang bawak keluarga lak, boleh biarkan anak2 melompat ke sana sini macam suasana hari raya...sebak lak rasa heheh. Orang perempuanpun kita bagi peluang berucap malam tu untuk perkenalkan diri, kalau kat Malaysia mungkin dah biasa tapi kat sini jadi satu perkara ajaib bila nampak pompuan pegang mike untuk berucap..
Insyaallah macam kata Presiden Seumur Hidup, Hj Rohaizad, katanya kita akan buat lagi majlis yang serupa selepas raya puasa nanti, masa tu kita pakat bakar lemang dan satay...biar semua orang kat Yanbu ie tahu yang bangsa Malaysia dah datang dan akan survive.........

Sunday, June 22, 2008

STOP ........ Iklan susu

Atas request wife kat kampung OBM paparkan gambar beberapa jenama susu yang terdapat di supermarket berdekatan ngan rumah OBM. Kalau nak dikirakan kat pasaraya-pasaraya besar atau bandar Yanbu ada banyak lagi jenama-jenama susu yang lain, tapi OBM cuma sempat ambik gambar yg nie jer dulu...semoga Cik Aa dan kawan2 lain yang tengah berkira-kira nak bagi susu apa pada anak-anak bila ada kat Yanbu boleh jadikan gambar nie sebagai panduan...kalau berkesempatan next time OBM akan cuba updatekan dengan gambar susu jenama lain...kalau OBM lupa update bolehlah hantar email complaint atau surat saman...heheheh...

Susu Nestle NAN, dan Bebelac, Gain Plus & S26 ? Ada banyak lagi susu jenama Arab kat situ tapi OBM cuma ambik gambar susu brand International jer

Nestle NIDO dan Anchor boleh didapati di Semeiri Al Nawa Star market

Friday, June 20, 2008

Pengalaman ke Jeddah

Apa yang OBM nak coretkan ni, pengalaman ke Jeddah 2 minggu lepas. Tujuan utamanya nak ambik translation yang dah siap dibuat dari Konsul Malaysia di sana. Dah lama OBM tunggu-tunggu translations nie...alhamdulillah En Abdullah bagitau dah siap, bersama dengan OBM ada jugak translation milik W Azmi dan Hj Fadzil yang dah siap so kamipun berjanjilah nak pegi sama-sama untuk ambik translation tu.
Kali ni kami pergi dengan kereta Zuraili Villa Bayu, tambah lagi dengan Hj Razak pun nak join sekali sebab katanya nak jumpa saudara yang baru bekerja di Konsul Jeddah, jadi satu kereta ada 5 orang, memang seronok trip kali nie..

Manual GPS ...Hj Fadzil tekun memberi arahan kepada Zuraili tentang selok belok jalan kat Jeddah

Kami bertolak agak awal pagi, dan sampai ke Jeddah lebih kurang pukul 10:30pagi. Sesampai jer kat sane mula-mula sekali kami menuju ke Jarir bookstore. Memang besar dan mewah bangunannya, kat sini lepak2 sekejap sambil melegakan tekak ngan pepsi dari Burger King. Tertipu jugak tengok gambar paha ayam kat papan iklan bukan main besar lagi, bila dah siap ambik selepas tunggu 15 minit, mak oii...punyalah kecik harga lak bolehlah tahan mahalnya...mungkin sebab kat bandar besar kot..emm. Lepas tu kami pergilah meronda kat dalam bookstore tu sendiri, macam2 buku ada tapi kebanyakannya adalah buku arab walaupun ada portion buku inggeris gak...oklah tu sempat lak OBM sambar 2 bijik buku...satu buku panduan ringkas belajar bahasa arab dalam bahasa indonesia, yang satu lagi buku belajar bahasa arab jugak tapi dalam bahasa inggeris...niat nak belajar bahasa nie memang tinggi tapi tak tahulah bila boleh mahir...heheh...buku tupun banyak masa duk kat bawah kabinet tv jer..
Kat Jarir Bookstore nie ada jual macam2...bukan setakat buku jer...dia ada jugak cd, dvd, majalah malahan alatan kumputer termasuk ngan printer, modem, router dan sebagainya...berbaloilah pegi..
Bila dah dekat nak masuk zohor kamipun bertolak keluar menuju ke Konsul Malaysia. Masa nie bergantunglah kepada manual GPS cam tunjuk dalam gambar kat atas tu...gps OBM lak lupa nak bawak tertinggal kat RC..masa-masa macam nielah perlukan GPS. tapi memang Hj Fadzil nie dah expert...tepat sebelum waktu Zohor kamipun sampai ke Konsul, collect translations dari pengawal kat situ -sebab konsul memang tutup hari Khamis, kamipun terus carik singgah di masjid yg berdekatan untuk solat Zohor.

Gambar pemandangan dekat ngan Konsul Jeddah - depan restoran indonesia

Selepas solat kami menuju ke restoran indonesia dalam walking distance jer ngan masjid tu. Kat sini bolehlah rasa masakan ala-ala masakan melayu tapi yelah...namapun restoran indonesia...jadi rasanya masih lagi keindonesian gitu..

Menu kat restoran indonesia - kat tepi kedai indonesia nie ada kedai runcit untuk beli barangan seprti ikan bilis, kunyit, limau purut dan macam2 lagi..

Siap makan, bermula lak jejak kasih, Hj Razak nak jumpa sedara beliau, yg jadik masalahnya sedara beliau masih lagi tak ada transport sendiri so kamipun mulalah kesana sini based pada panggilan tepon jer...sampai satu ketika tu kami berhenti betul2 kat depan post jagaan army...tapi Hj Razak dah suruh stop, kami dah mengelabah sebab army kat situ dah suruh kami move...nasib baiklah dalam beberapa saat kemudian nampaklah kelibat sorang Malaysia tu melambai-lambai suruh kami masuk..rupa-rupanya memang sedara Hj Razak duk kat dalam compound tu..katanya compoun tu milik Bin Laden so ketat sikit kawalannya. Dalam borak2 ngan beliau namanya En Baha, barulah kami tahu rupanya beliau dah beberapa bulan kat Saudi nie tapi masih lagi tak dapat Iqama so banyak benda seperti driving lesen dan sebagainya tak leh nak buat...nak kesana-sinipun susah lagi...dalam masa yg sama isteri En Baha dah siapkan meehon ngan temosa untuk kami...bolehlah kami rasa masakan style malaysia..alhamdulillah..
Setelah hampir satu jam kat situ, Zuraili dah sempat terlelap kat kusyen tuan rumah...heheh, kami pun mintak diri sebab nak survey kereta second hand.
Macam biasa Hj Fadzil menunjukkan kepakaran beliau dalam membaca maps, setelah terlanjur duit tiga kali kami akhirnya sampai ke tempat tu, OBM lupa nak ambik gambar tapi memang bermacam2 jenis kenderaan ada sampai berputih mata...cuma bila sampai tu dah masuk waktu asar so tak nampak ramai orang...survey2 harganya boleh tahan jugak so terpaksalah pendamkan dulu niat nak carik keta second hand...heheh
Hari dah lewat kamipun mulakan perjalanan untuk kembali ke Yanbu. Setelah pekena teh kat perhentian gas station, Zuraili berganti steering ngan Wan Azmi, Hj Fadzil lak jadi co-pilot. Sempat kami berhenti sekali lagi untuk beli air zam-zam satu botol seorang, yang mana duk kat belakang terus pejamkan mata, yg dengar sayup2 hanyalah suara Hj Fadzil melayan Wan Azmi berborak...kalau tak memang mengantuk.........

Warkah Abah untuk Anak-anak Tersayang

Assalamualaikum Ainna, Nadzmin dan Affi,

Apa khabar Ainna? Abah harap Ainna pandai-pandai jaga Nadzmin dan Affi kat rumah. Jangan gaduh-gaduh, kerja sekolah kena siapkan. Insyaallah bila Ainna dapat buat dengan baik dalam peperiksaan kali nie, ibu ngan abah dah janji nak hadiahkan sesuatu..mesti belajar sungguh-sungguh tau !!

Nadzmin ker nie? Tak cayer abah bila ibu mmskan gambar nie...heheh. Abah nampak macam adik menung jauh jer..tengah fikir bila abah nak balik ker? Adik main ngan Kak Long ngan Affi baik-baik ok..jangan nangis-nangis kesian kat ibu. Adik mesti dengar cakap ibu dan bibik..nanti bila datang ke Saudi abah bawak adik pergi sembahyang Jumaat sama-sama...bye adik..

Hai Affi!! Senyum-senyum ada apa tu? Tengah tengok kamera ker? Tak sabar abah nak balik dan peluk cium Affi nie. Sekarang Affi mesti dah sibuk kesana-sini kan? Hai Affi...ini abah nie...heheheh

Gitulah perasaan bapa-bapa kat perantauan nie. Hari2 teringat kat anak-anak kat Malaysia, nasib baiklah ada ibu kat sana kirim-kirimkan mms ngan gambar bebudak nie...pejam celik tinggal 40 hari lagi insyaallah OBM akan pulang ke Malaysia...yahooooo...tak sabar rasanya..

Tuesday, June 17, 2008

OBM updated new webblog link

Untuk sesapa yang masih tercarik2 berita pasal life kat Yanbu, Saudi nie, OBM dah sertakan pautan ke webblog member2 kat sini..

Terbaru OBM dah masukkan link ke webblog Zikhan ex-Optimal EOG. Tahniah Zack sebab rasanya blog you nie boleh menang jadi blogger of the year untuk geng2 Yanbu...

Friday, June 6, 2008

Berpindah rumah....

OBM dah lama cuba untuk paparkan foto-foto rumah yang OBM dah sewa untuk persiapan bawak family ke sini. Dah lama janji ngan nak tunjukkan foto-foto nie tapi tak kesampaian. Insyaallah kali nie berjayalah post nie di publishkan....istimewa buat Cik Aa, semoga sabar menunggu dan tabah melayan karenah anak-anak.

Rumah sewa OBM di tingkat 2, sama floor dengan Wan Azmi

Pintu masuk utama, buat masa nie berkongsi je pintu utama, sebab rumah OBM boleh masuk dari sini

Pandangan dalam bilik, siap dengan a/c dan lemari pakaian


Bilik air utama, ada sinki kat luar tu, senang sikit, OBM ambik air sembahyang kat sini jer...

Dapur, dah siap dengan kabinet, tunggu beli pinggan mangkuk dan periuk

OBM cuba untuk beli barangan rumah sedikit-sedikit tapi nampaknya tak begitu ketara progressnya. Kalau tengokkan keadaan rumah semasa mula2 masuk dan sekarang, hampir tak der bezanya...maknanya tak ada perubahan...baik jerlah OBM tunggu Cik Aa datang...ker guaner Cik Aa...ok ker?...hehhee

CZ, Azmir, MOH - minyak naik kat Malaysia, mesti hari2 cerita pasal minyak jer nie...kat Saudi minyak isi sr10 dah dapat half tank...alhamdulillah..


Friday, May 30, 2008

Madinah...Madinah Al Munawarah

Hari Jumaat, tepat pukul 7am, kami berlima telah bertolak ke Madinah dari Lighthouse hotel di RC. Masing2 telah menetapkan niat untuk bersolat jumaat di masjid Nabawi, insyaallah. Owner Villa_Bayu (Zuraili) juga bertolak ke Madinah pada hari yg sama tetapi mereka bertolak agak lewat 1 jam dari kami. Kelmarin, Hj Fadzil dan beberapa orang lagi telahpun bertolak ke Madinah. Mereka bermalam di Madinah dan akan bertolak kembali ke Yanbu selepas solat Asar bersama2 dengan kami.

Bertolak ke Madinah, pandangan jalan Yanbu-Jeddah pada awal pagi

Nazreen, W Azmi dan Remy sementara menunggu sarapan pagi, kedai2 arab semuanya berkonsep yg sama, kat atas meja cuma dihamparkan plastik untuk diletakkan roti...

Kelihatan bukit berbatu sebelum memasuki bandar Madinah

Akhirnya setelah terlewat beberapa jam, kami tiba di bandar Madinah Al Munawarah. Alhamdulillah sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Nabawi walaupun hanya di perkarangan

OBM di depan Masjid Nabawi, alhamdulillah OBM ambik peluang posing sebelum ziarah makam Rasulullah SAW. Selepas solat Jumaat, kawasan didepan masjid agak lengang..jadi OBM ambik peluang ini untuk sempurnakan solat dan ziarah.

Di dalam Masjid Nabawi, alhamdulillah sempat menziarahi makam Rasulullah SAW, bersolat di Raudhah dan beriktikaf..

Sebelum maghrib, kami bertolak kembali ke Yanbu, dan dalam masa 1jam 30 minit kami selamat tiba ke RC. Terima kasih Wan Azmi yang bertindak selaku 'driver', walaupun beberapa kali tersesat jalan...lain kali kita kembali ke sini insyaallah...

Monday, May 26, 2008

Server problem...

OBM cuba nak updatekan blog dengan gambar2 terbaru tetapi nampaknya server blog nie ada problem so tak dapatlah nak uploadkan. Tetapi tak ape insyaallah bila server dah ok nanti OBM akan uploadkan.
Untuk kekawan yg hari2 bukak blog nie untuk berita2 terbaru OBM ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi ada sekelumit rasa ingatan kepada OBM kat sini. OBM sendiri hari2 teringat jugak masa2 di optimal dulu bila sama2 keluar makan tengahari dan buat kupasan berita2 semasa seperti politik dan formula 1. Kat sini rasanya masa begitu cepat berlalu, tido kul 9mlm bangun kul 4.30pagi pegi kerja kul 7pagi balik kerja kul 4ptg, berehat sekejap lepas tu solat dan dah sampai masa untuk tido....kalau diambik sedikit masa untuk internet atau keluar ke supermarket maka tak aderlah masa tersisa untuk berehat dari penat sehari kerja..
Untuk keluarga tersayang, Cik Aa, Ainna, Nadzmin dan Affi, sekarang nie OBM masih lagi tunggu translation yg dibuat sebelum memulakan proses untuk memohon visa. Insyaallah target bulan 8 untuk bawak semua family ke sini akan menjadi kenyataan..
Untuk Kak Tie dan keluarga di Kerteh, OBM kat sini sihat2 sahaja malahan mungkin dan bertambah 2-3 kilo...walaupun cuaca dah start terasa baang panas dan beban kerja mula terasa tapi alhamdulillah buat masa nie segalanya adalah positif. Tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia untuk bercuti......
OBM dahpun jumpa rumah untuk disewa...dah ada snap bebrapa keping gambar tetapi disebabkan server problem, tak dapatlah nak diuploadkan gambar2 tersebut. Kat sini rumah adalah dalam range 25k hingga 50k...tetapi kena tepuk dada tanya selera...kalau nak save kenalah cari yg berpada. Cara bayaran lak biasanya 6 bulan sekali atau 1 tahun - kena bayar lumpsum.

Thursday, May 22, 2008

Berita 2 minggu

Dah 12 hari OBM tak memuatkan cerita-cerita terbaru kat sini. Sebenarnya banyak yang berlaku tapi disebabkan oleh masa dan komitment lain maka OBM terpaksa tangguhkan niat untuk updatekan blog ini.
Pagi tadi satu group kereta diketuai Hj Fadzil telah bertolak ke Madinah, insyaallah katanya nak bermalam disana. Macam OBM dan satu kerea lagi insyaallah akan ke Madinah pagi2 besok. Niatnya nak meziarah tempat2 bersejarah islam juga insyaallah bersembahyang Jumaat di Masjid Nabawi. OBM akan ikut beberapa kekawan yang dah beberapa kali ke Madinah. Mereka lebih tahu tentang tempat2 di Madinah nie. Beruntunglah OBM dan mereka2 yg datang terkemudian dengan adanya bantuan2 mereka2 yg dah sampai awal yang begitu prihatin dan sentiasa sedia membantu. Tinggal diperantauan ini kekawan seperti mereka inilah yang mengukuhkan azam kita dan menguatkan tekad untuk terus bertahan.......
OBM telahpun berpindah dari Ballad (Bandar) Yanbu ke Lighthouse hotel di Royal Commisioning(RC).

OBM bergaya di dalam Masyaal Apartment di bandar Yanbu (Ballad)


Zikhan dan Abg Raffi yang masih di bandar Yanbu

Zuraili (VillaBayu), W Azmi, Ahadin, Leman dan Hj Fadzil lepak depan TV

Sekarang kekawan kat sini dah mula survey rumah yang available kat sekitar RC. Beberapa orang dah hampir positif akan berpindah ke rumah baru setelah beberapa hari kesana-sini mencari rumah untuk disewa. Berpandukan kepada cerita mulut, nampaknya sewa rumah atau apartment kat sini adalah dalam lingkungan 25k hingga ke 50k setahun...bergantung kepada bilangan bilik dan samada fully furnished atau tak..
Nanti sambung lagi...